Setiap kali anda ke pusat servis atau bengkel pula pasti ada sahaja komponen yang rosak dan perlu diperbaiki atau diganti walaupun sepanjang pemanduan anda tidak sesekali menghadapi sebarang masalah.
Oleh kerana kurangnya pengetahuan, kita terpaksalah percaya dan yakin kepada setiap apa yang dikatakan oleh pomen. Jika mereka jujur, anda mungkin bernasib naik, namun kalau mereka sebaliknya...sudah pasti anda juga yang rugi.
Sebenarnya ada banyak perkara dalam penjagaan kereta ini yang boleh anda periksa dan lakukannya sendiri. Anda mampu menjimatkan wang ringgit yang banyak terutama akibat dari kerosakan yang tidak dijangka. Kos yang sepatutnya sedikit tadi akan menjadi berlipat kali ganda.
Benar... 'Malang tidak berbau' tetapi banyak masalah yang berlaku pada kenderaan sebenarnya boleh dihidu terlebih dahulu. Malangnya, apabila masalah berlaku ia bukan sahaja perlukan perbelanjaan wang ringgit yang banyak untuk baik pulih tetapi mungkin juga keselamatan diri, orang lain malah orang tersayang juga tidak terjamin!

No comments:
Post a Comment