Saturday, 1 August 2015

CERMIN GELAP

            Kereta anda bercermin gelap (tinted)? Tahukah anda berapakah tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan pada cermin kereta? Ada baiknya anda buat pemeriksaan segera kerana peraturan baru cermin gelap ini akan berkuatkuasa mulai 1 May 2015.
            Penangguhan sementara Ops Cermin Gelap sebelum ini adalah berikutan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap peraturan dan spesifikasi sedia ada. Sehubungan dengan itu, sebuah bengkel khas diadakan bagi membincangkan serta mengkaji semula peraturan dan spesifikasi cermin gelap pada semua kenderaan dinegara ini.

 

BENGKEL KHAS CERMIN GELAP

            Bengkel khas tersebut telah berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta.
            Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai pengelola bengkel akan mengkaji semula penggunaan cermin gelap ini dari semua sudut dan aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan, kepenggunaan dan kesihatan yang telah diusul dan dibincangkan dalam bengkel tersebut.




No comments:

Post a Comment