Kereta
anda bercermin gelap (tinted)? Tahukah anda berapakah tahap ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan pada cermin kereta?
Ada baiknya anda buat pemeriksaan segera kerana peraturan baru cermin gelap ini akan berkuatkuasa mulai 1 May 2015.
Penangguhan
sementara Ops Cermin Gelap sebelum
ini adalah berikutan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap peraturan dan
spesifikasi sedia ada. Sehubungan dengan itu, sebuah bengkel khas diadakan bagi
membincangkan serta mengkaji semula peraturan dan spesifikasi cermin gelap pada
semua kenderaan dinegara ini.
BENGKEL KHAS CERMIN GELAP
Bengkel
khas tersebut telah berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur dan
dihadiri oleh seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan
Kerajaan (NGO) serta swasta.
Kementerian
Pengangkutan (MOT) sebagai pengelola bengkel akan mengkaji semula penggunaan
cermin gelap ini dari semua sudut dan aspek penggunaan cermin gelap, termasuk
peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan, kepenggunaan dan kesihatan
yang telah diusul dan dibincangkan dalam bengkel tersebut.